Kerjaya Ampikiapakan Kandiah

Beliau telah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di beberapa hospital kerajaan di Malaysia dari tahun 1972 hingga tahun 1976 lalu. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pendaftar Perubatan di Pusat Tibi Negara dari tahun 1976 selama 2 tahun. Selepas itu, beliau menyambung pengajian pasca ijazah di Brompton Hospital and Royal London Hospital, United Kingdom.

Setelah bergraduat, beliau meneruskan kerjaya profesion beliau sebagai Pakar Perunding Pernafasan di Pusat Tibi Negara pada tahun 1980 lalu. Beliau telah membuka klinik sendiri pada tahun 1981 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama Universiti AIMST selama 2 tahun pada tahun 1996 lalu. Pada tahun 1997, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Universiti AIMST.[3]